Saturday, August 2, 2014

Anekdot : Ikan atau Tudung

Assalamualaikum,

Pelbagai jenis tudung dan skaf kini berada di pasaran membina jenama yang kukuh dari masa ke semasa.

Yang biasa dikenali dan disebut,  bawal ialah sejenis ikan. Ada yang putih, hitam dan emas. Tiada tercatat di dalam mana-mana kamus Bahasa Melayu dwi maksud bawal juga sejenis tudung atau skaf.

Kenapa harus disebut bawal untuk tudung?  Sebenarnya yang dimaksudkan untuk tudung/skaf ialah voile (vwa:l)  Sebutan yang betul hampir menyerupai sebutan bawal (lidah orang Melayu).

Voile berasal dari bahasa Perancis yang merujuk pada 'veil' (bahasa Melayu  dipanggil layah).  Menurut www.oxforddictionries.com  bererti nipis, fabrik kapas atau sutera yang lut cahaya.




Friday, August 1, 2014

Manisnya Silaturrahim

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri,

Ramai pengguna Dandy Laundry sedia maklum  tambahan serendah 10 sen boleh memanjangkan masa pengeringan yang telah dimulakan terlebih dahulu dengan 30 minit. Mesin pengering akan berhenti serta merta apabila pintunya dibuka untuk memeriksa tahap kekeringan basuhan. Bayaran tambahan boleh dibuat dengan 2 cara :

1. Sebelum masa 30 minit berakhir.
2. Ditambah sebelum menekan butang 'start'.

Cara 1 dilakukan apabila pengguna memeriksa tahap kekeringan pakaian sebelum masa tamat.
Cara 2 pula dilakukan apabila pengguna sudah boleh menjangka masa yang diperlukan untuk mengeringkan jenis dan muatan basuhannya.

Apa yang manisnya silaturrahim di sini, Dandy melihat seorang lelaki mengeluarkan basuhannya sebelum tamat masa mengering (basuhannya sudah kering semuanya)dan memberi peluang mengering kepada pengguna seterusnya. Jenis basuhan pengguna seterusnya itu tidak memerlukan masa selama 30 minit untuk dikeringkan. Oleh itu, dia hanya membayar sejumlah wang cukup untuk masa pengeringan itu sahaja. Masa dan wang dapat dimanfaatkan sewajarnya.

Dandy tidak melihat ini sebagai negatif kerana pengguna membayar untuk nilai kurang dari 30 minit tetapi nilai silaturrahim dan tolong-menolong yang diamalkan.

Thursday, May 1, 2014

Detergen Kurang Berbuih


Assalamualaikum pengguna dan penjejak maya blog Dandy Laundry,

Ramai yang bertanya berkenaan detergen kurang berbuih di Dandy Laundry. Untuk makluman detergen yang baik adalah yang tidak atau kurang berbuih. Detergen yang digunakan di rumah/domestik telah ditambah agen membuih hanya untuk menambah nilai rupa. Tiada fungsi membersih langsung. Malah buih memerlukan air yang lebih banyak untuk menghilangkannya.

Bahan aktif detergen iaitu natrium hidroksida tidak menghasilkan buih.  Kjika kita mengunakan detergent yg agak mahal, (bandingkan harga dan jenama) tuan/puan perhatian pbezaannya.
Dandy harap pengguna cuba dulu dan rasakan perbezaannya. Detergent di Dandy khas utk mesin hadapan, anti alergi dan mjimatkn air. Dan yg paling penting dperakui halal oleh
ita boleh lihat perbezaannya jika menggunakan detergen yang berbeza harganya di pasaran. Ini bukan perkara baru. Detergen yang lebih mahal kurang menghasilkan buih berbanding yang lebih murah. Kuasa membersihnya lebih menonjol daripada nilai rupa membuih. Detergen yang banyak buih tidak sesuai digunakan untuk mesin basuh muatan hadapan kerana boleh menyebabkan buih berlebihan membuak keluar melalui pintu mesin basuh.

Detergen yang banyak buih cenderung meninggalkan sisa di dalam serat pakaian yang boleh merengsakan kulit yang sensitif. Lebih-lebih lagi bila bertindakbalas dengan peluh. Sisa yang terkumpul di dalam mesin basuh  lama kelamaan akan menghasilkan bau kulapuk dan kerak jika tidak dibersihkan.

Detergen, pelembut fabrik dan pembasmi kuman di Dandy Laundry juga tidak berwarna. Warna hanya bahan tambahan yang tidak memberi fungsi sebenar ketiga-tiga larutan tersebut. Larutan yang berwarna boleh meninggalkan kesan comot pada jika tidak dialirkan air secukupnya.

Detergen yang digunakan di Dandy Laundry khas untuk mesin muatan hadapan, anti alergi dan menjimatkan air. Paling penting telah mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM.

Setiap mesin basuh di Dandy Laundry telah diintegrasikan dengan Laundry Dispensing System (LDS) untuk menyalurkan detergen, pelembut fabrik dan pembasmi kuman. LDS diaktifkan mengikut turutan program membasuh  mesin basuh dengan mengenakan sejumlah volt pada peralatan itu. Ini bermakna selagi ada arus elektrik mengalir, LDS akan berfungsi sebaiknya mengikut masa dan sukatan yang tepat masuk ke dalam mesin basuh.
Selamat mendobi di Dandy Laundry. Nikmati bersih sempurna. d     . DandyDDetergent di Dandy juga krg brwarna krn warna juga tiada fungsi membersih. Laundry dispensing system yg diintergrasikan dgn mesin berfungsi dgn jumlah volt yg tlh di set. Isipadu setiap larutan tlh dsukat dgn tepat. Jgn risau, ketiga3 larutan itu masuk pd masa yg tlh dtetapkan

Wednesday, April 30, 2014

Kosongkan Poket.

Assalamualaikum dan salam Hari Pekerja,

Kosongkan poket yang Dandy maksudkan bukanlah bagi perabis duit dalam poket tu. Belanja biar berhemah. Entri kali ini ada sedikit kena mengena dengan tipiskan poket jika tidak 'kosongkan poket'.

Sila periksa setiap poket pakaian yang hendak dibasuh. Kosongkan terlebih dahulu sebelum memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh atau mesin pengering. Paling mudah, si pemakai siap-siap kosongkan poket sejurus pakaian ditanggalkan. Jadi, cepatlah kerja memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh. Justeru, tiada ragu-ragu dan kesal jika pakaian lain rosak akibat ‘barang’ yang terkeluar dari dalam poket.

Contohnya, jika terbasuh pen mata bola atau lebih menyedihkan pen. Habis rosak pakaian lain akan terpalit dakwat. Pen pun rosak, tidak boleh digunakan lagi. Apa akan jadi jika barangan itu tajam? Mungkin akan mencarik pakaian yag lain.

Setakat ini di antara barang yang Dandy dah jumpa tertinggal di dalam mesin basuh ialah pemetik api, alat kawalan jauh tv (tv remote control), pistol mainan, handphone mainan, kapalterbang mainan, kerongsang, jam kerongsang, pen mata bola, pensel, pemadam, token syiling dan duit syiling. Jangan tak percaya..kupasan kulit limau dan epal pun ada! (Agak-agak sebiji setiap satu)

Untuk barangan yang besar bolehlah ia keluar balik dari mesin basuh atau mesin pengering seperti sediakala rupa fizikalnya walaupun mungkin telah rosak. Bagaimanapun, barang yag pipih mungkin akan masuk ke saluran air keluar mesin basuh atau ruang di antara drum mesin pengering. Keadaan ini boleh merosakkan mesin jika terlalu kerap berlaku.

Untuk mesin basuh, ia boleh menyekat air keluar melalui injap air keluar. Kegagalan injap berfungsi akan menyebabkan mesin basuh tergendala. Untuk mesin pengering pula, ia menghalang drum dari berpusing dengan lancar dan mengeluarkan bunyi kuat seperti mengisar besi.

Pokok pangkalnya, ia boleh merosakkan pakaian dan mesin. Tipislah poket gara-gara mengganti pakaian yang rosak akibat kesilapan teringgal barang dalam poket. Oleh itu, ambillah langkah yang betul sebelum menggunakan mesin basuh dan mesin pengering.
 
Selamat mendobi di Dandy Laundry. Jangan tipiskan poket sebelum waktunya.

Tips Mengering Pakaian

Assalamualaikum dan salam bahagia,

Kadangkala sinar matahari yang cerah di Malaysia sepanjang tahun tidak dapat dinikmati dan dimanfaatkan dek kerana kesibukan bekerja dan lain-lain perkara. Lagi-lagi untuk menjemur pakaian. Dengan adanya mesin mengering di dobi layan diri, dapatlah kerja mengering pakaian dibuat dalam masa yang lebih singkat berbanding menjemur di ampaian. Apatah lagi jika pakaian diperlukan segera atau hujan turun semasa pakaian dijemur.

Di antara tips untuk pengeringan berkesan menggunakan mesin pengering:
  1. Kebaskan/longgarkan setiap pakaian sebelum memasukkan ke dalam mesin pengering.
  2. Pilih suhu yang sesuai dengan pakaian yang dikeringkan. Jika pakaian ada yang tebal dan nipis, pilihlah suhu tinggi. Jika ada pakaian yag diperbuat daripada lycra, jersey dan pakaian bayi, pilihlah suhu sederhana kerana jenis fabrik ini mudah memeri/mengendur jika dipanaskan.
  3. Masukkan muatan sehingga kurang dari 3/4 muatan mesin pengering. Muatan yang berlebihan akan melambatkan proses pengeringan. Rujuk langkah 6 untuk menambah muatan.
  4. Masukkan pakaian kecil (mitten, bootie, saputangan, stoking dsb) ke dalam karung net.
  5. Periksa kekeringan pakaian kira-kira selepas 24 minit masa mengering atau sebelum masa mengering tamat.
  6. Keluarkan pakaian yang telah kering, tinggalkan pakaian yang masih lembab di dalam mesin pengering. Dengan ini, lebih banyak ruang mengering terluang di dalam mesin, lebih cepat pakaian yang tinggal mengering.
  7. Tambahkan wang jika perlu.
  8. Tunggu sehingga pusingan mengering tamat.


Selamat menggunakan mesin pengering dengan berkesan.

Besi Penyokong Baju Dalam Wanita

Assalamualaikum dan salam ceria,

Baju dalam wanita (bra) direka untuk tujuan yang jelas untuk menyokong dan melindung payudara. Dandy tidak perlu ulas panjang lebar, pasti semua pengguna lebih arif. Bra dibuat menggunakan fabrik yang lembut untuk keselesaan pemakai di samping direkabentuk untuk menyokong dan melindungi pemakai.

Seperti mana yang telah Dandy paparkan di premis Dandy Laundry, jangan basuh baju dalam menggunakan mesin di sini kecuali ia dimasukkan ke dalam net. Kenapa ia perlu dibuat sedemikian?

Ini kerana perahan (spin) terakhir menggunakan mesin basuh komersil  mencapai sehingga 1000 rpm. (1000 putaran seminit). Dalam keadaan begini fabrik dan jahitan bra yang lembut mungkin tidak mampu menahan kesan putaran tersebut. Maka secara kasarnya, bentuk bra akan bengkok dan ada kemungkinan jahitan akan tercabut. Lebih-lebih lagi di bahagian penyokong bra yang disusupkan dengan sepasang kepingan besi nipis. Kepingan besi nipis ini boleh terkeluar daripada bra.

Jika kepingan besi ini tercabut keluar, ia akan memudaratkan pakaian lain yang dibasuh bersama dan mesin basuh. Pakaian lain boleh tercarik dan drum mesin basuh boleh tercalar semasa proses perahan berlaku.

Adalah lebih baik bra dibasuh dengan menggunakan tangan. 3 langkah mudah
1. Rendam
2. Sental dengan tangan
3. Bilas

Terima kasih.
Bersama kita menggunakan teknologi membasuh dengan betul.

1 Mei 2014, Hari Bagi Cenderahati

Assalamualaikum dan salam ceria,

Seperti yang telah diwartakan di dinding kaca Dandy Laundry, pengguna Dandy Laundry layak mendapat sebuah 'Laundry Bag' percuma.  *tertakluk kepada terma dan syarat. Kepada penjejak maya Dandy Laundry, sila join in dan like facebook : Dandy Laundry COL untuk promosi pada masa akan datang. Insya Allah ada lagi yang Dandy ingin kongsikan dari masa ke semasa.
 
 
 
Sebagai tanda penghargaan Dandy Laundry kepada pengguna baru amnya dan pengguna setia khasnya, Dandy ucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan. Alhamdulillah, catuan air telah berakhir semalam. Walaupun ia satu krisis, namun ia telah menambah pengalaman Dandy Laundry dalam mengharungi selok belok perniagaan dobi layan diri ini.
 
Gunakanlah 'Laundry Bag' ni nanti bila mendobi layan diri di Dandy Laundry. Ingat Dandy yer!
 
Selamat mendobi di Dandy Laundry.

Tuesday, April 15, 2014

Syiling..Jangan Tersangkut Lagi

Assalamualaikum dan salam bahagia,
 
Entri kali ini dibuat setelah sekian kalinya Dandy dipanggil untuk menyelesaikan masalah syiling tersangkut. Dandy sedar sebagai penyedia perkhidmatan dobi layan diri masalah ini mungkin tiada penghujungnya tetapi Dandy ada merancang kaedah lain untuk mengatasi masalah ini. Tunggu dan lihat!
 
Bagaimanapun terlebih dahulu Dandy ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menghubungi Dandy untuk menyelesaikan masalah itu.
 
Dandy juga harap sangat agar pengguna yang tersangkut syiling tidak cuba mengorek, mencucuk, mengumpil dan seumpamanya dengan peralatan yang tidak sepatutnya seperti lidi, dawai, kunci dan sebagainya dengan tujuan mengeluarkan/memasukkan syiling sendiri. Banyak bahagian teknikal yang perlu ditangani oleh juruteknik mesin ini sahaja.  Tak susah, sila hubungi Dandy untuk bantuan!
 
Membayar dengan memasukkan syiling melalui slot syiling adalah suatu cara pembayaran yang telah lama diamalkan baik untuk mengoperasi mesin basuh dobi layan diri mahupun membayar parkir kereta dan mainan tunggangan kanak-kanak (kiddies ride).

Suka Dandy ingatkan di sini, untuk mengelakkan mesin tergendala kerana syiling tersangkut:
1.Harap bersabar,
2.Masukkan syiling satu-satu,
3.Tunggu sehingga bunyi syiling jatuh ke dalam kotak syiling
4.Masukkan syiling seterusnya.
5.Ulangi langkah tersebut sehingga cukup bayarannya.

Seperkara lagi ;
Jangan cuba-cuba masukkan syiling 5 sen.

Kebanyakkan masalah syiling tersangkut adalah kerana syiling dimasukkan terlalu cepat. Ini menyebabkan dua keping syiling melekat di slot laluan ke kotak syiling lalu di'asak' dengan syiling seterusnya. Syiling tidak sempat turun/masuk ke dalam kotak syiling. Dengan itu, pembayaran tidak dapat dibuat dan mesin tidak boleh beroperasi.
 
Tentang syiling 5 sen pula, tiada slot ke laluan kotak syiling untuknya. Syiling akan terus berada di antara slot dan menghalang kemasukkan syiling seterusnya.
 
Jika para pengguna ikuti cara yang Dandy sarankan, Dandy pasti kerja-kerja membasuh dan mengering akan berjalan dengan lancar. Berilah sedetik masa untuk syiling melancarkan kerja anda daripada terpaksa menunggu Dandy menyelesaikannya atau menunggu giliran membasuh/mengering.

Selamat mengoperasi mesin dengan tertib dan betul.