Assalamualaikum pengguna
dan penjejak maya blog Dandy Laundry,
Ramai yang bertanya berkenaan detergen kurang berbuih di Dandy Laundry. Untuk makluman detergen yang baik adalah yang tidak atau kurang berbuih. Detergen yang digunakan di rumah/domestik telah ditambah agen membuih hanya untuk menambah nilai rupa. Tiada fungsi membersih langsung. Malah buih memerlukan air yang lebih banyak untuk menghilangkannya.
Bahan aktif detergen iaitu
natrium hidroksida tidak menghasilkan buih. Kita boleh lihat perbezaannya jika
menggunakan detergen yang berbeza harganya di pasaran. Ini bukan perkara baru. Detergen yang lebih
mahal kurang menghasilkan buih berbanding yang lebih murah. Kuasa membersihnya
lebih menonjol daripada nilai rupa membuih. Detergen yang banyak buih tidak
sesuai digunakan untuk mesin basuh muatan hadapan kerana boleh menyebabkan buih
berlebihan membuak keluar melalui pintu mesin basuh.
Detergen yang banyak buih
cenderung meninggalkan sisa di dalam serat pakaian yang boleh merengsakan kulit
yang sensitif. Lebih-lebih lagi bila bertindakbalas dengan peluh. Sisa yang
terkumpul di dalam mesin basuh lama kelamaan akan menghasilkan bau
kulapuk dan kerak jika tidak dibersihkan.
Detergen,
pelembut fabrik dan pembasmi kuman di Dandy Laundry juga tidak berwarna. Warna hanya
bahan tambahan yang tidak memberi fungsi sebenar ketiga-tiga larutan tersebut. Larutan
yang berwarna boleh meninggalkan kesan comot pada jika tidak dialirkan air
secukupnya.
Detergen
yang digunakan di Dandy Laundry khas untuk mesin muatan hadapan, anti alergi
dan menjimatkan air. Paling penting telah mendapat pengiktirafan halal daripada
JAKIM.
Setiap
mesin basuh di Dandy Laundry telah diintegrasikan dengan Laundry Dispensing
System (LDS) untuk menyalurkan detergen, pelembut fabrik dan pembasmi kuman.
LDS diaktifkan mengikut turutan program membasuh mesin basuh dengan mengenakan sejumlah volt
pada peralatan itu. Ini bermakna selagi ada arus elektrik mengalir, LDS akan
berfungsi sebaiknya mengikut masa dan sukatan yang tepat masuk ke dalam mesin
basuh.
Selamat mendobi di Dandy Laundry. Nikmati bersih sempurna.
No comments:
Post a Comment