Assalamualaikum dan salam ceria,
Baju dalam wanita (bra) direka untuk tujuan yang jelas untuk menyokong dan melindung payudara. Dandy tidak perlu ulas panjang lebar, pasti semua pengguna lebih arif. Bra dibuat menggunakan fabrik yang lembut untuk keselesaan pemakai di samping direkabentuk untuk menyokong dan melindungi pemakai.
Seperti mana yang telah Dandy paparkan di premis Dandy Laundry, jangan basuh baju dalam menggunakan mesin di sini kecuali ia dimasukkan ke dalam net. Kenapa ia perlu dibuat sedemikian?
Ini kerana perahan (spin) terakhir menggunakan mesin basuh komersil mencapai sehingga 1000 rpm. (1000 putaran seminit). Dalam keadaan begini fabrik dan jahitan bra yang lembut mungkin tidak mampu menahan kesan putaran tersebut. Maka secara kasarnya, bentuk bra akan bengkok dan ada kemungkinan jahitan akan tercabut. Lebih-lebih lagi di bahagian penyokong bra yang disusupkan dengan sepasang kepingan besi nipis. Kepingan besi nipis ini boleh terkeluar daripada bra.
Jika kepingan besi ini tercabut keluar, ia akan memudaratkan pakaian lain yang dibasuh bersama dan mesin basuh. Pakaian lain boleh tercarik dan drum mesin basuh boleh tercalar semasa proses perahan berlaku.
Adalah lebih baik bra dibasuh dengan menggunakan tangan. 3 langkah mudah
1. Rendam
2. Sental dengan tangan
3. Bilas
Terima kasih.
Bersama kita menggunakan teknologi membasuh dengan betul.
Salam sukses dari kami
ReplyDeleteuntuk anda yang membutuhkan mesin pengering,
setrika uap, konversi, dan perlengkapan laundry lainnya silahkan
menghubungi kami di web www.bospengering.com atau langsung telpon kami
ke 081221673020; pin bb 59F141F2, Line : Bospengering, Facebook : Bos
Pengering