Kadangkala sinar matahari yang cerah di Malaysia sepanjang tahun tidak dapat dinikmati dan dimanfaatkan dek kerana kesibukan bekerja dan lain-lain perkara. Lagi-lagi untuk menjemur pakaian. Dengan adanya mesin mengering di dobi layan diri, dapatlah kerja mengering pakaian dibuat dalam masa yang lebih singkat berbanding menjemur di ampaian. Apatah lagi jika pakaian diperlukan segera atau hujan turun semasa pakaian dijemur.
Di antara tips untuk pengeringan berkesan menggunakan mesin pengering:
- Kebaskan/longgarkan setiap pakaian sebelum memasukkan ke dalam mesin pengering.
- Pilih suhu yang sesuai dengan pakaian yang dikeringkan. Jika pakaian ada yang tebal dan nipis, pilihlah suhu tinggi. Jika ada pakaian yag diperbuat daripada lycra, jersey dan pakaian bayi, pilihlah suhu sederhana kerana jenis fabrik ini mudah memeri/mengendur jika dipanaskan.
- Masukkan muatan sehingga kurang dari 3/4 muatan mesin pengering. Muatan yang berlebihan akan melambatkan proses pengeringan. Rujuk langkah 6 untuk menambah muatan.
- Masukkan pakaian kecil (mitten, bootie, saputangan, stoking dsb) ke dalam karung net.
- Periksa kekeringan pakaian kira-kira selepas 24 minit masa mengering atau sebelum masa mengering tamat.
- Keluarkan pakaian yang telah kering, tinggalkan pakaian yang masih lembab di dalam mesin pengering. Dengan ini, lebih banyak ruang mengering terluang di dalam mesin, lebih cepat pakaian yang tinggal mengering.
- Tambahkan wang jika perlu.
- Tunggu sehingga pusingan mengering tamat.
Selamat menggunakan mesin pengering dengan berkesan.
No comments:
Post a Comment