Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri,
Ramai pengguna Dandy Laundry sedia maklum tambahan serendah 10 sen boleh memanjangkan masa pengeringan yang telah dimulakan terlebih dahulu dengan 30 minit. Mesin pengering akan berhenti serta merta apabila pintunya dibuka untuk memeriksa tahap kekeringan basuhan. Bayaran tambahan boleh dibuat dengan 2 cara :
1. Sebelum masa 30 minit berakhir.
2. Ditambah sebelum menekan butang 'start'.
Cara 1 dilakukan apabila pengguna memeriksa tahap kekeringan pakaian sebelum masa tamat.
Cara 2 pula dilakukan apabila pengguna sudah boleh menjangka masa yang diperlukan untuk mengeringkan jenis dan muatan basuhannya.
Apa yang manisnya silaturrahim di sini, Dandy melihat seorang lelaki mengeluarkan basuhannya sebelum tamat masa mengering (basuhannya sudah kering semuanya)dan memberi peluang mengering kepada pengguna seterusnya. Jenis basuhan pengguna seterusnya itu tidak memerlukan masa selama 30 minit untuk dikeringkan. Oleh itu, dia hanya membayar sejumlah wang cukup untuk masa pengeringan itu sahaja. Masa dan wang dapat dimanfaatkan sewajarnya.
Dandy tidak melihat ini sebagai negatif kerana pengguna membayar untuk nilai kurang dari 30 minit tetapi nilai silaturrahim dan tolong-menolong yang diamalkan.
salam akak, selamat hari raya..saya dah lama baca info2 dalam blog akak and sangat-sangat berguna. servis dobi akak pun sangat memuaskan hati dan memudahkan. saya sekarang masih melanjutkan pelajaran di uitm. kalau tak keberatan, saya teringin nak tanya akak few questions, akak ada email tak? harap akak baca comment saya ni, ini email saya - izrelismail@yahoo.com terima kasih banyak2 akak..
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeletesy aisyah .berminat nk bukak dobi mcm akak..dobi akak spesel skit sbb customer xperlu bawa sabun.. sy bekas student uitm. dah lama tak dapat satu kerja. jadi sy nk mulakan perniagaan dobi..
moga akak dapat membantu sy,
terima kasih kak
emel : saisyah88@gmail.com