Entri kali ini dibuat setelah sekian kalinya Dandy dipanggil untuk menyelesaikan masalah syiling tersangkut. Dandy sedar sebagai penyedia perkhidmatan dobi layan diri masalah ini mungkin tiada penghujungnya tetapi Dandy ada merancang kaedah lain untuk mengatasi masalah ini. Tunggu dan lihat!
Bagaimanapun terlebih dahulu Dandy ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menghubungi Dandy untuk menyelesaikan masalah itu.
Dandy juga harap sangat agar pengguna yang tersangkut syiling tidak cuba mengorek, mencucuk, mengumpil dan seumpamanya dengan peralatan yang tidak sepatutnya seperti lidi, dawai, kunci dan sebagainya dengan tujuan mengeluarkan/memasukkan syiling sendiri. Banyak bahagian teknikal yang perlu ditangani oleh juruteknik mesin ini sahaja. Tak susah, sila hubungi Dandy untuk bantuan!
Membayar dengan memasukkan syiling melalui slot syiling adalah suatu cara pembayaran yang telah lama diamalkan baik untuk mengoperasi mesin basuh dobi layan diri mahupun membayar parkir kereta dan mainan tunggangan kanak-kanak (kiddies ride).
Suka Dandy ingatkan di sini, untuk mengelakkan mesin tergendala kerana syiling tersangkut:
1.Harap bersabar,
2.Masukkan syiling satu-satu,
3.Tunggu sehingga bunyi syiling jatuh ke dalam kotak syiling
4.Masukkan syiling seterusnya.
5.Ulangi langkah tersebut sehingga cukup bayarannya.
Seperkara lagi ;
Jangan cuba-cuba masukkan syiling 5 sen.
Kebanyakkan masalah syiling tersangkut adalah kerana syiling dimasukkan terlalu cepat. Ini menyebabkan dua keping syiling melekat di slot laluan ke kotak syiling lalu di'asak' dengan syiling seterusnya. Syiling tidak sempat turun/masuk ke dalam kotak syiling. Dengan itu, pembayaran tidak dapat dibuat dan mesin tidak boleh beroperasi.
Tentang syiling 5 sen pula, tiada slot ke laluan kotak syiling untuknya. Syiling akan terus berada di antara slot dan menghalang kemasukkan syiling seterusnya.
Jika para pengguna ikuti cara yang Dandy sarankan, Dandy pasti kerja-kerja membasuh dan mengering akan berjalan dengan lancar. Berilah sedetik masa untuk syiling melancarkan kerja anda daripada terpaksa menunggu Dandy menyelesaikannya atau menunggu giliran membasuh/mengering.
Selamat mengoperasi mesin dengan tertib dan betul.
No comments:
Post a Comment