Assalamualaikum,
Pelbagai jenis tudung dan skaf kini berada di pasaran membina jenama yang kukuh dari masa ke semasa.
Yang biasa dikenali dan disebut, bawal ialah sejenis ikan. Ada yang putih, hitam dan emas. Tiada tercatat di dalam mana-mana kamus Bahasa Melayu dwi maksud bawal juga sejenis tudung atau skaf.
Kenapa harus disebut bawal untuk tudung? Sebenarnya yang dimaksudkan untuk tudung/skaf ialah voile (vwa:l) Sebutan yang betul hampir menyerupai sebutan bawal (lidah orang Melayu).
Voile berasal dari bahasa Perancis yang merujuk pada 'veil' (bahasa Melayu dipanggil layah). Menurut www.oxforddictionries.com bererti nipis, fabrik kapas atau sutera yang lut cahaya.
Dandy Laundry
8, Jalan BPP 8/4, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Saturday, August 2, 2014
Friday, August 1, 2014
Manisnya Silaturrahim
Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri,
Ramai pengguna Dandy Laundry sedia maklum tambahan serendah 10 sen boleh memanjangkan masa pengeringan yang telah dimulakan terlebih dahulu dengan 30 minit. Mesin pengering akan berhenti serta merta apabila pintunya dibuka untuk memeriksa tahap kekeringan basuhan. Bayaran tambahan boleh dibuat dengan 2 cara :
1. Sebelum masa 30 minit berakhir.
2. Ditambah sebelum menekan butang 'start'.
Cara 1 dilakukan apabila pengguna memeriksa tahap kekeringan pakaian sebelum masa tamat.
Cara 2 pula dilakukan apabila pengguna sudah boleh menjangka masa yang diperlukan untuk mengeringkan jenis dan muatan basuhannya.
Apa yang manisnya silaturrahim di sini, Dandy melihat seorang lelaki mengeluarkan basuhannya sebelum tamat masa mengering (basuhannya sudah kering semuanya)dan memberi peluang mengering kepada pengguna seterusnya. Jenis basuhan pengguna seterusnya itu tidak memerlukan masa selama 30 minit untuk dikeringkan. Oleh itu, dia hanya membayar sejumlah wang cukup untuk masa pengeringan itu sahaja. Masa dan wang dapat dimanfaatkan sewajarnya.
Dandy tidak melihat ini sebagai negatif kerana pengguna membayar untuk nilai kurang dari 30 minit tetapi nilai silaturrahim dan tolong-menolong yang diamalkan.

Thursday, May 1, 2014
Detergen Kurang Berbuih
Assalamualaikum pengguna
dan penjejak maya blog Dandy Laundry,
Ramai yang bertanya berkenaan detergen kurang berbuih di Dandy Laundry. Untuk makluman detergen yang baik adalah yang tidak atau kurang berbuih. Detergen yang digunakan di rumah/domestik telah ditambah agen membuih hanya untuk menambah nilai rupa. Tiada fungsi membersih langsung. Malah buih memerlukan air yang lebih banyak untuk menghilangkannya.
Bahan aktif detergen iaitu
natrium hidroksida tidak menghasilkan buih. Kjika kita mengunakan detergent yg agak mahal, (bandingkan harga dan jenama)
tuan/puan perhatian pbezaannya.
Dandy harap pengguna cuba dulu dan rasakan perbezaannya. Detergent di Dandy khas utk mesin hadapan, anti alergi dan mjimatkn air. Dan yg paling penting dperakui halal oleh ita boleh lihat perbezaannya jika menggunakan detergen yang berbeza harganya di pasaran. Ini bukan perkara baru. Detergen yang lebih mahal kurang menghasilkan buih berbanding yang lebih murah. Kuasa membersihnya lebih menonjol daripada nilai rupa membuih. Detergen yang banyak buih tidak sesuai digunakan untuk mesin basuh muatan hadapan kerana boleh menyebabkan buih berlebihan membuak keluar melalui pintu mesin basuh.

Detergen yang banyak buih
cenderung meninggalkan sisa di dalam serat pakaian yang boleh merengsakan kulit
yang sensitif. Lebih-lebih lagi bila bertindakbalas dengan peluh. Sisa yang
terkumpul di dalam mesin basuh lama kelamaan akan menghasilkan bau
kulapuk dan kerak jika tidak dibersihkan.
Detergen,
pelembut fabrik dan pembasmi kuman di Dandy Laundry juga tidak berwarna. Warna hanya
bahan tambahan yang tidak memberi fungsi sebenar ketiga-tiga larutan tersebut. Larutan
yang berwarna boleh meninggalkan kesan comot pada jika tidak dialirkan air
secukupnya.
Detergen
yang digunakan di Dandy Laundry khas untuk mesin muatan hadapan, anti alergi
dan menjimatkan air. Paling penting telah mendapat pengiktirafan halal daripada
JAKIM.
Setiap
mesin basuh di Dandy Laundry telah diintegrasikan dengan Laundry Dispensing
System (LDS) untuk menyalurkan detergen, pelembut fabrik dan pembasmi kuman.
LDS diaktifkan mengikut turutan program membasuh mesin basuh dengan mengenakan sejumlah volt
pada peralatan itu. Ini bermakna selagi ada arus elektrik mengalir, LDS akan
berfungsi sebaiknya mengikut masa dan sukatan yang tepat masuk ke dalam mesin
basuh.
Selamat mendobi di Dandy Laundry. Nikmati bersih sempurna. d . DandyDDetergent di Dandy juga krg
brwarna krn warna juga tiada fungsi membersih. Laundry dispensing system yg
diintergrasikan dgn mesin berfungsi dgn jumlah volt yg tlh di set. Isipadu
setiap larutan tlh dsukat dgn tepat. Jgn risau, ketiga3 larutan itu masuk pd
masa yg tlh dtetapkan
Labels:
anti alergi,
buih.,
halal jakim,
LDS,
natrium hidroksida,
rengsa,
sisa
Wednesday, April 30, 2014
Kosongkan Poket.
Assalamualaikum dan salam Hari Pekerja,
Kosongkan poket yang Dandy maksudkan bukanlah bagi perabis duit dalam poket tu. Belanja biar berhemah. Entri kali ini ada sedikit kena mengena dengan tipiskan poket jika tidak 'kosongkan poket'.
Sila periksa setiap poket pakaian yang hendak dibasuh. Kosongkan terlebih dahulu sebelum memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh atau mesin pengering. Paling mudah, si pemakai siap-siap kosongkan poket sejurus pakaian ditanggalkan. Jadi, cepatlah kerja memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh. Justeru, tiada ragu-ragu dan kesal jika pakaian lain rosak akibat ‘barang’ yang terkeluar dari dalam poket.

Contohnya, jika terbasuh pen mata bola atau lebih
menyedihkan pen. Habis rosak pakaian lain akan terpalit dakwat. Pen pun rosak,
tidak boleh digunakan lagi. Apa akan jadi jika barangan itu tajam? Mungkin akan mencarik pakaian yag lain.
Setakat ini di antara barang yang Dandy dah jumpa tertinggal
di dalam mesin basuh ialah pemetik api, alat kawalan jauh tv (tv remote
control), pistol mainan, handphone mainan, kapalterbang mainan, kerongsang, jam
kerongsang, pen mata bola, pensel, pemadam, token syiling dan duit syiling. Jangan tak percaya..kupasan kulit limau dan epal pun ada! (Agak-agak sebiji setiap satu)
Untuk barangan yang besar bolehlah ia keluar balik dari
mesin basuh atau mesin pengering seperti sediakala rupa fizikalnya walaupun
mungkin telah rosak. Bagaimanapun, barang yag pipih mungkin akan masuk ke
saluran air keluar mesin basuh atau ruang di antara drum mesin pengering.
Keadaan ini boleh merosakkan mesin jika terlalu kerap berlaku.
Untuk mesin basuh, ia boleh menyekat air keluar melalui
injap air keluar. Kegagalan injap berfungsi akan menyebabkan mesin basuh
tergendala. Untuk mesin pengering pula, ia menghalang drum dari berpusing
dengan lancar dan mengeluarkan bunyi kuat seperti mengisar besi.
Pokok pangkalnya, ia boleh merosakkan pakaian dan mesin.
Tipislah poket gara-gara mengganti pakaian yang rosak akibat kesilapan teringgal barang dalam poket. Oleh itu, ambillah langkah yang betul sebelum menggunakan mesin basuh dan mesin
pengering.
Selamat mendobi di Dandy Laundry. Jangan tipiskan poket sebelum waktunya.
Tips Mengering Pakaian
Assalamualaikum dan salam bahagia,
Kadangkala sinar matahari yang cerah di Malaysia sepanjang tahun tidak dapat dinikmati dan dimanfaatkan dek kerana kesibukan bekerja dan lain-lain perkara. Lagi-lagi untuk menjemur pakaian. Dengan adanya mesin mengering di dobi layan diri, dapatlah kerja mengering pakaian dibuat dalam masa yang lebih singkat berbanding menjemur di ampaian. Apatah lagi jika pakaian diperlukan segera atau hujan turun semasa pakaian dijemur.
Di antara tips untuk pengeringan berkesan menggunakan mesin pengering:
Selamat menggunakan mesin pengering dengan berkesan.

- Kebaskan/longgarkan setiap pakaian sebelum memasukkan ke dalam mesin pengering.
- Pilih suhu yang sesuai dengan pakaian yang dikeringkan. Jika pakaian ada yang tebal dan nipis, pilihlah suhu tinggi. Jika ada pakaian yag diperbuat daripada lycra, jersey dan pakaian bayi, pilihlah suhu sederhana kerana jenis fabrik ini mudah memeri/mengendur jika dipanaskan.
- Masukkan muatan sehingga kurang dari 3/4 muatan mesin pengering. Muatan yang berlebihan akan melambatkan proses pengeringan. Rujuk langkah 6 untuk menambah muatan.
- Masukkan pakaian kecil (mitten, bootie, saputangan, stoking dsb) ke dalam karung net.
- Periksa kekeringan pakaian kira-kira selepas 24 minit masa mengering atau sebelum masa mengering tamat.
- Keluarkan pakaian yang telah kering, tinggalkan pakaian yang masih lembab di dalam mesin pengering. Dengan ini, lebih banyak ruang mengering terluang di dalam mesin, lebih cepat pakaian yang tinggal mengering.
- Tambahkan wang jika perlu.
- Tunggu sehingga pusingan mengering tamat.
Selamat menggunakan mesin pengering dengan berkesan.
Labels:
jersey,
longgar,
lycra,
memeri,
pilih suhu.,
tips mongering
Besi Penyokong Baju Dalam Wanita
Assalamualaikum dan salam ceria,
Baju dalam wanita (bra) direka untuk tujuan yang jelas untuk menyokong dan melindung payudara. Dandy tidak perlu ulas panjang lebar, pasti semua pengguna lebih arif. Bra dibuat menggunakan fabrik yang lembut untuk keselesaan pemakai di samping direkabentuk untuk menyokong dan melindungi pemakai.
Seperti mana yang telah Dandy paparkan di premis Dandy Laundry, jangan basuh baju dalam menggunakan mesin di sini kecuali ia dimasukkan ke dalam net. Kenapa ia perlu dibuat sedemikian?
Ini kerana perahan (spin) terakhir menggunakan mesin basuh komersil mencapai sehingga 1000 rpm. (1000 putaran seminit). Dalam keadaan begini fabrik dan jahitan bra yang lembut mungkin tidak mampu menahan kesan putaran tersebut. Maka secara kasarnya, bentuk bra akan bengkok dan ada kemungkinan jahitan akan tercabut. Lebih-lebih lagi di bahagian penyokong bra yang disusupkan dengan sepasang kepingan besi nipis. Kepingan besi nipis ini boleh terkeluar daripada bra.
Jika kepingan besi ini tercabut keluar, ia akan memudaratkan pakaian lain yang dibasuh bersama dan mesin basuh. Pakaian lain boleh tercarik dan drum mesin basuh boleh tercalar semasa proses perahan berlaku.
Adalah lebih baik bra dibasuh dengan menggunakan tangan. 3 langkah mudah
1. Rendam
2. Sental dengan tangan
3. Bilas
Terima kasih.
Bersama kita menggunakan teknologi membasuh dengan betul.

1 Mei 2014, Hari Bagi Cenderahati
Assalamualaikum dan salam ceria,
Seperti yang telah diwartakan di dinding kaca Dandy Laundry, pengguna Dandy Laundry layak mendapat sebuah 'Laundry Bag' percuma. *tertakluk kepada terma dan syarat. Kepada penjejak maya Dandy Laundry, sila join in dan like facebook : Dandy Laundry COL untuk promosi pada masa akan datang. Insya Allah ada lagi yang Dandy ingin kongsikan dari masa ke semasa.
Sebagai tanda penghargaan Dandy Laundry kepada pengguna baru amnya dan pengguna setia khasnya, Dandy ucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan. Alhamdulillah, catuan air telah berakhir semalam. Walaupun ia satu krisis, namun ia telah menambah pengalaman Dandy Laundry dalam mengharungi selok belok perniagaan dobi layan diri ini.
Gunakanlah 'Laundry Bag' ni nanti bila mendobi layan diri di Dandy Laundry. Ingat Dandy yer!
Selamat mendobi di Dandy Laundry.
Subscribe to:
Posts (Atom)