Tuesday, November 12, 2013

Terma & Syarat 'Promosi Basuh Percuma 3 Hari'

Assalamualaikum dan salam bahagia, 

Sila semak terma & syarat 'Promosi Basuh Percuma 3 Hari'

Promosi ‘BASUH PERCUMA 3 hari’
Hari Pertama      : 16 Nov 2013
Hari Ke – 2          : lawati facebook : Dandy Laundry COL
Hari Ke - 3          : lawati facebook : Dandy Laundry COL

Terma & Syarat
  1. Pengguna Dandy Laundry mestilah membuat basuhan dan bayaran terlebih dahulu di mesin basuh.
  2. Setelah selesai membasuh, pengguna boleh menebus ‘Basuh Percuma’ di kaunter maklumat.
  3. Sepanjang masa promosi (hari 1, 2 & 3) seorang pengguna hanya layak menebus ‘Basuh Percuma untuk  nilai 1 (SATU) basuhan mesin muatan 14kg atau 1 (SATU) basuhan muatan 9 kg.
  4. Bagi kombinasi saiz basuhan, seorang pengguna hanya boleh menebus nilai 1 (SATU) basuhan  mana  yang lebih tinggi sahaja.
  5. Tebusan hanya boleh diterima setelah pengguna berdaftar dengan cara  ‘like’,  ‘comment’ : Jom gi Dandy Laundry  dan ‘share’ di http://www.facebook.com/pages/Dandy-Laundry-COL atau dan mengisi maklumat yang diperlukan.
  6. Pengguna Dandy Laundry  berdaftar akan dimaklumkan tentang promosi, tips, maklumat tentang dobi layan diri dari masa ke semasa.
  7. Promosi sah di Dandy Laundry Presint 9, Putrajaya sahaja.
  8. Dandy Laundry berhak abai, tambah dan ubah terma & syarat pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal.



 Bakal pengguna dan pengguna Dandy Laundry, Presint 9, Putrajaya digalakkan membawa gadget yang boleh mengakses FB, supaya urusan tebusan berjalan lancar. 


Jumpa di Dandy Laundry.

Istimewa Pembukaan Dandy Laundry, Presint 9, Putrajaya

Assalamualaikum dan salam mesra,

Sempena meraikan pembukaan Dandy Laundry, Presint 9, Putrajaya, Dandy akan mempromosikan 3 hari basuh percuma.  Hari pertama adalah pada Sabtu (16 Nov 2013), hari ke 2 dan ke 3 akan diberitahu dari masa ke semasa melalui facebook Dandy Laundry COL dan www.dandylaundry.blogspot.com. Sila semak terma & syarat untuk melayakkan anda mendapat basuh percuma.



Luangkan masa pada hari Sabtu ini (9 pagi - 10 malam) untuk hari pertama basuh percuma. Dandy pun nak kenal siapa pengguna Dandy Laundry yang memberi sokongan, kekuatan dan aspirasi untuk Dandy melangkah lebih jauh dan lebih baik. 

Enjoy!!

FB : Dandy Laundry COL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada pembaca  blog Dandy Laundry dan pengguna Dandy Laundry, anda juga boleh capai makluman tentang Dandy Laundry di rangkaian sosial Facebook  dengan nama Dandy Laundry COL. Dandy akan postkan status tentang tips, promosi dan hal berkaitan dobi layan diri di situ. Dengan itu lebih cepat Dandy dapat kongsikan maklumat. Harap-harap pengguna Dandy yang budiman  tak terlepas sekiranya ada promosi terkini.

Jangan lupa 'join in' di facebook Dandy Laundry COL untuk menyertai Dandy. Kemudian tinggalkan jejak maya anda di situ (like, comment atau share).

Ada juga yang dah bertanya. Apa tu COL? COL ialah singkatan untuk Coin Operated Laundry. Mudah untuk rakan fb kenalpasti yang Dandy Laundry ialah kedai dobi layan diri.

Selamat ber'FB' dengan Dandy.

Sunday, November 10, 2013

Pembukaan Dandy Laundry, Putrajaya

Assalamualaikum dan salam ceria,

Alhamdulillah, dengan izin Allah pada hari ini Ahad (10 Nov 2013), Dandy Laundry telah membuka cawangan pertama di Pusat Komuniti, Fasa 11, Presint 9, Jalan P9F, Putrajaya.

Dandy Laundry masih mengekalkan detergen, pelembut fabrik dan pembasmi kuman percuma untuk setiap basuhan. 




Kepada bakal pengguna Dandy Laundry khasnya di warga Fasa 11, Presint 9 dan warga di sekitar amnya, selamat mendobi layan diri di Dandy Laundry. Harapan Dandy, perkhidmatan ini dapat meringankan beban dan mengurus kerja rumah dengan lebih baik lagi berkualiti.

Selamat mendobi.


Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum dan salam bahagia,

Dandy ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengguna Dandy Laundry dan pembaca blog ini. 

Semoga kita dapat menghayati erti 'pengorbanan' sempena hari yang mulia. Banyak perkara yang memerlukan pengorbanan dalam menjalani kehidupan ini. Tidak terkira banyaknya. 

Dandy Laundry juga teruji bila perlu 'berkorban' mesin penukar syiling apabila mesin yang berwarna oren itu mengalami gangguan teknikal sehingga perlu dibawa balik kepada pengeluarnya. Tapi jangan risau. Ada penggantinya buat sementara waktu. Sila gunakan mesin penukar syiling yang berwarna hitam. Mesin ini juga menerima wang kertas RM1, RM5 dan RM10. 

Selamat Hari Raya Aidil Adha.


Friday, October 11, 2013

Laundry Pre Wash

Assalamualaikum dan salam ceria,

Dandy ingin kongsikan satu pengalaman yang Dandy tengok di Dandy Laundry. Seorang pengguna lelaki yang datang  dengan sebaldi berukuran 19 liter ( 5 gelen) isipadu muatan. Baldi itu penuh berisi kemeja berwarna cerah dan putih yang telah dibilas setelah direndam dengan pencuci. Tujuannya untuk menanggalkan kotoran dan daki di bahagian kolar dan lengan sebelum didobi layan diri di Dandy Laundry. 

Satu tindakan yang betul dan berkesan tetapi menggunakan masa yang lebih panjang. Walaupun mesin basuh automatik dapat membersihkan pakaian secara skala besar, namun ia tidak dapat membuat berusan atau menggosok di bahagian-bahagian pakaian yang tertentu.

Dengan itu, Dandy ingin sarankan penggunaan 'Laundry Pre Wash' keluaran Cosway yang Dandy promosikan di premis Dandy Laundry. Cubalah semburan percuma 'Laundry Pre Wash' sementara stok masih ada.

Semburan percuma. Sementara stok masih ada.

Semburkan pada bahagaian berdaki atau kotoran. Cuma genyehkan beberapa minit. Daki atau kotoran akan hilang. Aaaaaaahhhh...lega. hilang pun noda-noda ni. Tetapi kalau daki atau kotoran tu dah terkena sejak minggu lepas..payah ler sikit. Tidak perlu risau tentang fabrik pakaian akan terhakis kerana ia diperbuat daripada enzim bukan bahan kimia. Tugas enzim ini memecahkan protein dan lemak yang menyebabkan kotoran terjadi. Dengan itu, kotoran mudah terapung dan ditanggalkan.

Ingat yer...sembur sebelum dibasuh. Selepas itu, pakaian tersebut boleh dibasuh bersama pakaian yang lain tanpa memudaratkan pakaian yang lain.

Dandy sarankan,  gunakan pada pakaian yang berwarna cerah, putih dan pakaian yang terkena daki dan kotoran. Bersih sempurna!

Kepada sesiapa yang berminat membeli produk ini, boleh hubungi Dandy di 019 3850 366 atau 019 3850 367. Hanya berharga RM 8.80/set (sebotol produk 400 ml dan penyembur) atau RM7.60 (sebotol produk 400ml). Sementara stok masih ada. Dapatkan pada harga ahli Cosway tanpa perlu mendaftar sebagai ahli. 

Selamat mencuba. Semburan percuma. Sementara stok masih ada.

Thursday, September 5, 2013

10 sen, 20 sen & 50 sen

Assalamualaikum dan salam ceria,

Suka Dandy nak tulis di sini, mesin basuh dan mesin mengering di Dandy Laundry menerima syiling lama dan baru 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Jadi janganlah ragu-ragu atau malu-malu nak 'clear'kan syiling lama.

TETAPI...semasa memasukkan syiling pelbagai nilai ke dalam mesin basuh atau mesin mengering di Dandy Laundry, Dandy sangat-sangat berharap para pengguna baca dulu arahan memasukkan syiling.

Sabar...satu-satu. Hasilnya untuk kebaikan bersama.


Terima kasih kerana mendobi layan diri di Dandy Laundry.




Promosi Hangat

Assalamualaikum dan salam bahagia,


Dandy harap pengguna Dandy Laundry dalam keadaan sihat-sihat selalu meskipun cuaca tak menentu. Tiada siapa pun dapat menduga keadaan cuaca walaupun sehingga tanda-tanda mendung nak hujan.



'Ku sangka cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengahari'. Ingatkan kain baju kering bila balik kerja nanti, tapi basah semula yang jadi. Tapi kena ingat juga 'dengar guruh di langit, air di tempayan jangan dibuang'. Dengar guruh, belum tentu hujan turun. Dulu waktu kelas geografi, cikgu kata secara teorinya awan kumulus nimbus membawa hujan. Belum tentu lagi. Ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi pun belum tentu betul. Nama pun ramalan. (jangan percaya ramalan..berdosa) Semuanya tak pasti kalau bukan kehendakNya!

Sebab ketidaktentuan ini, Dandy bawakan Promosi Hangat.


Hangat lebih lama, harga tetap sama
Apa tunggu lagi. Promosi bermula pada 6 Sept-5 Okt 2013. Masa mengering untuk muatan 9 kg dan 14 kg dipanjangkan ke 30 minit pada harga RM 4.00 dan RM 5.00 masing-masing. Dengan ini 'Hangat Lebih Lama, Harga Tetap Sama'.

Harapan Dandy, ringanlah sedikit beban pengguna Dandy Laundry. 'Kejap lagi Siap'. Pakaian bersih kering sedia digunakan semula.

Selamat mendobi layan diri.


Sabar..satu-satu

Assalamualaikum dan salam ceria,

Apa yang sabar? Apa yang satu-satu?


  1. Masukkan syiling satu demi satu untuk mengoperasi mesih basuh atau mesin mengering.
  2. Mesin di Dandy Laundry menerima pelbagai syiling Malaysia baru dan lama(10 sen, 20 sen dan 50 sen).
  3. Terdapat slot untuk mengesan kemasukkan syiling ke dalam kotak syiling pada setiap mesin.
  4. Setiap slot berbeza ukurannya.
  5. Berilah sedetik masa untuk syiling mencari slot yang sesuai untuk dimasuki. 
  6. Kita akan dengar bunyi 'beep' setelah syiling memasuki slotnya.
  7. Setelah syiling jatuh ke dalam kotak syiling, barulah harga bayaran diambilkira.

Itulah secara ringkasnya bagaimana syiling diterima untuk membayar harga perkhidmatan mesin basuh dan mesin mengering. 

Ada lebih daripada 10 slot tersedia untuk menerima saiz syiling. Ini kerana  mesin jenama Heubsch (buatan USA) untuk pasaran Asia sesuai untuk syiling yang digunakan di Singapura, Thailand, Jepun dan beberapa negara Asia yang lain. Sudah pasti di Dandy Laundry, hanya slot syiling Malaysia 'dibuka' untuk menerima syiling kerana setiap negara Asia ada syiling unik masing-masing.

Jadi, sabar...satu-satu..kerana jika syiling yang terdahulu belum lagi masuk ke dalam slot khas untuknya  tetapi telah diasak oleh syiling berikutnya akan terjadilah syiling tersangkut di slot syiling.

Akibatnya, mesin tidak dapat mengesan jumlah bayaran dan kita tidak dapat mengoperasi mesin.

Selamat mendobi layan diri di Dandy Laundry.

Tuesday, August 20, 2013

Promosi Ramadhan diLANJUTkan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Kepada semua pengguna berulang dan baru Dandy Laundry, 

1. Nikmati kadar harga cucian muatan 9 kg dan 14 kg seperti sepurnama lalu. Promosi Ramadhan dilanjutkan sehingga Syawal berakhir. (Periksa kalendar Hijrah)

2. Untuk cucian muatan 9 kg masih lagi RM4.00 dan muatan 14 kg masih lagi RM 5.50.

3. Al maklum, beraya mau sebulan. Kot-kot sedara mara tumpang bermalam...selimut, cadar, sarung bantal, kain baju mesti dicuci. Masa melayan tetamu mesti ada, rumah mesti bersih dan kemas. Tak nak le...kain baju, selimut bagai penuh di ampaian. Tak pun keliling pagar menyambut tetamu.


Selamat mendobi layan diri.




Kenapa Mesin Basuh Muatan Hadapan ?

Assalamualaikum dan salam ceria,

Sekadar berkongsi maklumat.


"Mesin basuh muatan hadapan cenderung meninggalkan kira-kira 7% air di dalam pakaian berbanding mesin muatan atas. Ini bermakna kurang 7% masa untuk mengering" 

Rujuk http://michaelbluejay.com/electricity/dryers.html

mode : Jimat masa mengering.....jimat kos mengering

Tips Mengeringkan Pakaian Menggunakan Mesin Pengering

Assalamualaikum dan salam bahagia,

Terlebih dahulu Dandy ucapkan terima kasih kepada pengguna setia Dandy Laundry dan pengguna baru. Pada pemerhatian Dandy, ramai juga pengguna yang kelihatan sudah biasa menggunakan perkhidmatan dobi layan diri. Mungkin sudah lama menggunakan dobi layan diri di tempat lain atau bermula di Dandy Laundry. 

Suka kiranya Dandy ingin kongsikan tips mengeringkan pakaian menggunakan mesin pengering (dryer) dengan lebih berkesan

1. Bersihkan dahulu penapis *lint di dalam mesin pengering.
Untuk apa? Supaya udara panas mudah bergerak keluar dan masuk ke dalam putaran mesin pengering. Oleh itu, mesin akan menjadi lebih cepat panas.  (*lint : serat daripada kain yang tertanggal semasa proses berputar dan mengering)

2. Kebaskan / ratakan / goyangkan pakaian sebelum memasukkannya ke dalam mesin pengering. 
Macam mana nak buat tu? Macam pergerakan sebelum menyidai pakaian di ampaian. Yang bila kita buat ada bunyi zappp! Paling tidak ratakan gumpalan di poket, lengan dan sebagainya.Walaupun mengambil masa tapi ...percayalah hasilnya berbaloi. 

3. Pilih suhu yang sesuai
Sesuaikan dengan ketebalan fabrik. Suhu tinggi untuk tuala mandi, jeans, T-shirt. Suhu sederhana untuk kemeja, blaus, skirt. Seeloknya jangan keringkan fabrik yang nipis seperti selendang, langsir nipis (sheer) menggunakan mesin mengering. Cukup sekadar dianginkan. Kalau anda memilih untuk menggosok selepas itu, tidak perlu dikeringkan sepenuhnya.

4. Pilih mesin mengering yang baru digunakan.
Sentuh pintu kaca mesin mengering dengan menggunakan tapak tangan. Bandingkan tahap kepanasan mesin mengering yang ada. Pilih mesin yang masih terasa panas. Dengan itu, kurang masa digunakan untuk memanaskan mesin kerana ia sudah sedia panas.

5. Asingkan pakaian mengikut ketebalan.
Boleh dibuat seawal menanggalkan pakaian atau semasa memasukan ke dalam mesin mencuci atau semasa memasukkan ke dalam mesin mengering. Ikut suka. Ini kerana, pakaian yang tebal memerlukan lebih masa untuk mengering berbanding pakaian yang nipis.

Selamat mencuba.


Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya Aildilfitri 1434

Assalamualaikum dan Salam Syawal,

Sempena bulan Syawal yang mulia, Dandy ingin memohon maaf sekiranya ada tutur kata dan perbuatan Dandy yang menyinggung perasaan semasa berurus niaga. Tiada niat Dandy untuk menyinggung sesiapa pun apatah lagi kalian adalah pengguna di Dandy Laundry. Harapan Dandy, kita sama-sama manfaatkan teknologi mendobi yang sedia ada untuk meringankan kerja-kerja mengurus rumahtangga.



Selamat kembali dari menyambut hari raya bersama mak ayah, sanak saudara dan rakan taulan di kampung atau  di mana saja. Tentunya bertimbun kain baju kotor selama cuti berhari raya. Apa taknya, bagi yang dah berkahwin selepas beraya di rumah mak ayah sendiri, beraya pulak di rumah sebelah mertua.

Mana masa nak cuci kain, nak ziarah saudara mara dan melayan tetamu yang berkunjung. Kalau nak menjemur kain baju pun dah tentu berjela-jela ampaian kain tu dek kerana adik beradik dan ipar duai mencuci pada masa yang sama. Itu tak kira, kalau tiba-tiba tekanan air rendah sebab ramai menggunakan air pada masa yang sama. Maklumlah bukannya selalu adik-beradik balik kampung serentak. Lagi parah kalau bekalan elektrik terputus pula. 

Datanglah mendobi layan diri di Dandy Laundry. Biarlah Dandy ringankan beban mencuci kain baju kotor. Sempena Syawal, Dandy lanjutkan promosi bulan Ramadhan. Harga mencuci untuk muatan 9kg masih lagi RM4.00 dan muatan 14kg masih lagi RM5.50. Waktu terakhir mencuci pada jam 11.00 malam. Seperti sedia ada, sabun pencuci, pembasmi kuman dan pelembut fabrik diberi percuma. Tak perlu bawa tau.

Luangkanlah sedikit masa di Dandy Laundry untuk mengurus kain baju bersih supaya ada masa sempena Syawal ini yang boleh diisi dengan kunjung-mengunjung, beramah mesra dan bermaafan dengan sanak saudara dan rakan taulan.

Selamat mendobi di Dandy Laundry.





Thursday, June 6, 2013

'Sharing is Caring'

Assalamualaikum dan Salam Hari Jumaat,

Terlebih dahulu Dandy ucapkan terima kasih kepada pengguna baru dan pengguna berulang kerana mendobi di Dandy Laundry. Kepada yang telah mencuba mesin mencuci, cubalah pula mesin mengering. Mungkin suatu hari nanti, anda perlukannya  waktu kain baju itu diperlukan segera. Bolehlah anggarkan waktu mengering yang ideal untuk jenis kain yang anda bawa. Yang pasti masa mengering saputangan tentulah lebih cepat daripada masa mengering tuala mandi saiz 36" x 48".

Pengguna menunggu mesin cuci dibaiki.
Semalam ada insiden mesin cuci tidak boleh dibuka setelah selesai mencuci dan air meleleh keluar semasa mencuci. Terpaksalah Dandy panggil juruteknik mesin cuci Huebsch selesaikannya.Setelah diperiksa, mesin cuci pun ok.

Kenapa masalah ini berlaku? Besar kemungkinan :
  • Kesemua kain baju tidak dimasukkan dengan betul ke dalam drum mesin cuci.
  • Ada lapisan kain yang melapisi pintu kedap mesin cuci.
  •    Ada objek kecil tersumbat di saluran ke injap air keluar mesin cuci.
Mesin cuci 'demam'. 
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga untuk kebaikan pengguna dan Dandy Laundry, pastikan pengguna mematuhi arahan penggunaan mesin. Kan 'sharing' itu 'caring' (Berkongsi itu prihatin). 

Selamat mendobi layan diri di Dandy Laundry.

Wednesday, June 5, 2013

Gen Y dan Wifi

Assalamualaikum dan salam ceria.


Tidak lupa salam israk mikraj untuk pengguna Dandy Laundry dan pembaca blog Dandy Laundry khususnya muslim dan muslimah. Hari untuk kita menghayati perintahNya dalam  melaksanakan rukun Islam yang ke 2 selepas mengucap 2 kalimah syahadah. SOLAT 5 waktu.

Buat pengetahuan semua, Dandy Laundry telah meng 'WiFi' kan premisnya. Jadi jika merancang untuk mendobi dan mengering sambil menunggu di Dandy Laundry, bawalah gadget untuk mengakses internet. Sekurang-kurangnya tidaklah berpinar mata dok asyik tengok kain baju berpusing dalam mesin. Setidak-tidaknya dapat melunaskan kerja lain atau mengeratkan silaturrahim dengan lain perkataan bermedia sosial.


Username dan password ada ditampal di sebebelah tanda WiFi
Lagipun, mengikut kelas generasi, Dandy berpendapat Generasi Y (lahir pada tahun 1977-1994) adalah peratus yang paling tinggi bekerja berbanding kelas Generasi X (lahir pada tahun 1966-1976). Generasi Y juga dikenalpasti suka bersosial, mudah mengikut trend semasa baik dari segi fesyen, barangan, gadget, kereta dan sebagainya. Mereka juga lebih suka menyelesaikan masalah dengan cara mudah / ringkas. Dalam lingkungan umur Generasi Y kebanyakan  suami dan isteri bekerja, balik kerja pun dah lewat petang, jadi siapa lagi yang akan menguruskan kerja-kerja rumah dengan cara bijak? 

Hargailah masa dengan melakukan perkara yang berfaedah dan bermanfaat untuk keluarga, diri sendiri dan sahabat tersayang.




Tuesday, June 4, 2013

Promosi FREE WASH

Assalamualaikum dan salam ceria,

Ramai yang masih tak percaya Dandy Laundry menawarkan promosi pembukaan dengan cuci percuma (FREE WASH) selama 8 hari. No jokes...betul free, tak tipu. Untuk 8 hari sahaja. 2 kali hari Jumaat. Bermula 31 Mei - 7 Jun. Rebutlah peluang sementara masih ada. 

Kepada yang tinggal di sekitar Dandy Laundry, marilah mendobi layan diri di sini. Sempena cuti sekolah yang berbaki 12 hari lagi tentu ramai yang pergi bercuti-cuti Malaysia 3 hari 2 malam. Harus kain baju kotor menimbun dek kerana bercuti panjang. Mahu 8 kali round kalau guna mesin basuh di rumah dan penuh keliling rumah jemur kain.

Di Dandy Laundry, pengguna boleh langsaikan kerja cuci-jemur yang banyak tu dalam masa kurang 1 jam. (bergantung kepada kekosongan penggunaan mesin cuci dan mesin pengering). Lega rasanya kalau dah siap cuci bersih kan!

Promosi FREE WASH berlangsung.
Istimewa 31 Mei - 7 Jun 2013

Sewaktu Dandy buat promosi terus kepada orang ramai yang lalu lalang, masih ada yang tak percaya ada promosi FREE WASH walaupun dah tengok sendiri ada pengguna di dalam Dandy Laundry sedang menunggu cucian dicuci.

Tak kan mesin Dandy canggih kot? Tak jugak. Dah banyak mesin-mesin seumpamanya di Lembah Klang. Orang tua kata, 'malu bertanya, sesat jalan'. Malu nak tanya kot. Tak pe.. Dandy boleh terangkan. Jemputlah mencuba dobi layan diri di Dandy Laundry.

Untuk ke sekian kalinya, Dandy ucapkan berbanyak terima kasih kepada pengguna baru dan pengguna berulang kerana memilih Dandy Laundry untuk melangsaikan kerja-kerja mencuci kain baju.

Kepada yang belum mencuba, Dandy syorkan cubalah. Mana tahu ada hari-hari anda yang memerlukan cucian bersih segera tetapi cuaca dan masa anda tidak mengizinkan.


Monday, June 3, 2013

Lost & Found

Assalamualaikum dan salam bahagia,


Lega rasanya bila mesin penukar syiling dah diletakkan di Dandy Laundry. Sekurang-kurangnya Dandy tak perlu mengocek syiling dalam kocek apron Dandy selalu untuk pengguna Dandy yang memerlukan tukar duit syiling. Pengguna dah boleh tukar terus di mesin tanpa perlu tunggu Dandy. 

Pagi ini Dandy nak tulis tentang 'Lost & Found'. (Hilang & Jumpa). Dah lumrah nama manusia sifat lupa memang tak pernah akan luput. Setiap hari ada saja barang yang tertinggal dalam mesin.Tak kira mesin cuci atau mesin pengering.

Hasil 2 hari 'lost & found'


Macam-macam ada. Ada syiling, SIM kad (lama punya kot sebab Dandy tak jumpa handphone dia..keh 8x), batang aiskrim. Seluar 'kecik' pun banyak. Baju baby dan tuala kecil. Kepada pengguna Dandy berkenaan yang terbaca entri Dandy ni, boleh tuntut. Kalau lebih 2 minggu Dandy tak dapat nak tolong simpankan. 

Kepada pengguna Dandy yang jujur dan telah meletakkan barang-barang tertinggal di dalam bakul ini, Dandy ucapkan terima kasih mewakili empunya barang. Sekurang-kurang tak terus ditongsampahkan.

Harap Dandy dan pengguna Dandy dapat sentiasa berlaku jujur dalam apa jua situasi dengan mempraktiskannya dalam bentuk paling mudah seperti tidak mengambil barang orang lain.

Selamat mendobi layan diri. 

Mesin Penukar Syiling

Assalamualaikum dan salam ceria selalu,

Terlebih dahulu Dandy ucapkan terima kasih kepada pengguna Dandy Laundry yang baru kerana sudi mencuba. Harapan Dandy, perkhidmatan ini dapat membantu pengguna meringankan kerja mencuci dan menyediakan cucian bersih untuk ahli keluarga tersayang. 

Nampaknya dah ada pengguna berulang. Terima kasih banyak Dandy ucapkan kerana menaruh kepercayaan terhadap perkhidmatan Dandy Laundry.

Ada berita baik yang Dandy nak kongsikan. Mesin penukar syiling yang Dandy tempah dah selamat dipasangkan di Dandy Laundry. Lagi satu berita baik untuk pengguna Dandy Laundry sebab setiap RM yang  ditukar mendapat jumlah yang sama. Maksudnya macam ini, sekeping RM10 pengguna Dandy akan dapat 20 keping syiling 50 sen baru (sama nilai). Tiada kos penukaran seperti di kebanyakan dobi layan diri. Inilah penghargaan  untuk pengguna Dandy. 

Mesin Penukar Syiling. Bukan peti pos tau.

Sunday, June 2, 2013

Hari ke 3 Pembukaan Dandy Laundry

Assalamualaikum dan salam mesra,


Sepatutnya, entry ini di'key in'kan pada hari semalam, tetapi cuma hari ini Dandy dapat tunaikan. Terlebih dahulu, Dandy ucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna Dandy yang telah memberikan sokongan dengan mendobi layan diri di Dandy Laundry. Sambutan pada hari ke 3 pembukaan sungguh menggalakan berbanding 2 hari lepas. Alhamdulillah. Terima kasih semua. Paling Dandy suka tengok ialah....ramai para bapa boleh melaksanakan kerja-kerja mendobi dengan baik. Cucian yang telah bersih kering dilipat dengan tersusun mengikut pemunya. Bukan 1 muatan 14kg tetapi 3 hingga 4 kali ganda. Tahniah para bapa. Semoga berbahagia selalu keluarga anda. 

Kepada yang belum cuba mendobi layan diri di Dandy Laundry, marilah cuba. Cucian terakhir adalah pada pukul 9.30pm. Kalau sibuk bekerja, datanglah lepas solat maghrib. Sempat lagi kalau nak cuba.

Sang rerama turut meraikan tarikh Istimewa di Dandy Laundry. Subhanallah



Thursday, May 30, 2013

Lagi Istimewa Pembukaan Dandy Laundry

Assalamualaikum dan salam mesra,

Apa lagi yang istimewa di Dandy Laundry?

Setiap cucian anda di Dandy Laundry akan disempurnakan dengan 3P (Pencuci, Pelembut & Pembasmi). Tiada lagi masalah terlupa bawa pencuci, pencuci tertumpah atau bawa botol pencuci saiz ekonomi. Kerapkali  Dandy tengok pengguna di dobi layan diri di tempat lain bawa botol besar atau kotak besar pencuci ke dobi layan diri. Padahal nak guna 2 - 3 penyukat untuk sekali cucian. Mungkin kerana nak cepat, leceh nak letak dalam bekas dan macam-macam hal boleh jadi.

Tapi tidak di Dandy Laundry. Biar kami uruskan.

3 lampu merah setap satu set di atas mesin pencuci 14kg itu adalah penunjuk 3P.
Untuk mesin cuci dan kering bertingkat pula Dandy letakkan di sini. Sebenarnya alat ini boleh diletakkan di bahagian belakang mesin (tempat operasi) tetapi Dandy Laundry letakkan di luar supaya pengguna tahu kita ada perkhidmatan 'prihatin' ini. Ok tak?

Penunjuk 3P untuk mesin cuci & kering bertingkat
Selamat mendobi.


  

Istimewa Pembukaan Dandy Laundry

Assalamualaikun dan salam mesra,

Istimewa pembukaan Dandy Laundry (Dobi Layan Diri - Coin Operated Laundry).
Sempena pembukaan Dandy Laundry menawarkan PERCUMA Cuci selama 8 hari bermula 31 Mei 2013 hingga 7 Jun 2013. Lebih istimewa semua cucian akan disempurnakan secara PERCUMA  dengan 3P. Apa 3P tu? Pencuci, Pelembut dan Pembasmi kuman. Ini adalah perkhidmatan PERTAMA seumpamanya di Seri Kembangan. Yang penting 3P itu halal.

Marilah mendobi di Dandy Laundry.

Iklan Istimewa Pembukaan Dandy Laundry
Dandy Laundry menawarkan suasana premis yang bersih, ceria dan menenangkan. Ada kerusi menunggu, bakul laundry dan meja untuk melipat. Tak perlu tunggu lama. 25 minit masa untuk mencuci dan 24 minit masa untuk mengering. Kan cepat tu! Kurang dari 1 jam siap kerja cuci dan kering. Lagi cantik kalau lipat terus.
Mesin cuci muatan hadapan 14kg dan 9kg.

Tuesday, May 21, 2013

Promosi

Dandy Laundry akan memaklumkan promosi melalui laman blogspot dan jaringan sosial facebook. Nantikan hadiah percuma dan potongan harga dobi layan diri dari masa ke semasa.

Perkhidmatan Dandy Laundry


Dandy Laundry menyediakan 4 buah mesin basuh muatan 9kg dan 2 buah mesin basuh muatan 14kg. Turut menyediakan perkhidmatan 4 buah mesin pengering muatan 9kg dan 2 buah mesin pengering muatan 14 kg. Pengguna boleh memilih mesin mengikut keperluan kapasiti cucian masing-masing. Kesemua mesin di Dandy Laundry adalah muatan hadapan dan baru. Mesin-mesin dikuasakan oleh jenama Huebsch buatan Amerika Syarikat. Huebsch berpengalaman lebih daripada 65 tahun di dalam industri dobi layan diri.
Sebuah mesin menukar wang kertas kepada syiling turut disediakan bagi memudahkan pengguna mengoperasi mesin tersebut.

Kami juga menyediakan bakul-bakul dobi bagi tujuan mengalihkan cucian bersih ke dalam mesin pengering dan memuatkan cucian bersih kering sementara menunggu untuk dilipat.
Kelainan yang ada di Dandy ialah kesemua mesin mencuci kami dilengkapi dengan peralatan yang beroperasi secara automatik menyalurkan detergen, pelembut dan larutan basmi kuman setiap kali digunakan. Kadar dos detergen yang disalurkan ke dalam setiap cucian adalah mencukupi untuk kebersihan sempurna. Detergen yang dibekalkan adalah kurang alkali berbanding detergen domestik. Detergen yang terlalu berasid atau beralkali boleh merosakkan kelenturan dan kelembutan fabrik serta mengusamkan fabrik. Julat normal bagi pH detergen adalah 6.5 – 8.5.
Tiada masalah terlupa bawa detergen dan pelembut. Tiada lagi masalah detergen atau pelembut tertumpah di dalam kereta.
Tambahan pula, pada setiap akhir cucian, mesin mencuci akan disalurkan dengan larutan basmi kuman. Dengan itu, pengguna seterusnya sedia menggunakan mesin mencuci yang terjamin bersih tanpa rasa was-was.

Terdapat juga meja untuk melipat cucian bersih kering anda. Nah! Siap kerja mencuci dan melipat di Dandy Laundry.

Selamat Datang


Dandy Laundry menawarkan perkhidmatan dobi layan diri di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Kami menawarkan 2 jenis muatan mesin basuh dan mesin pengering untuk memenuhi  kehendak pengguna. Matlamat kami ialah merealisasikan pengalaman mendobi layan diri anda pada kadar segera dan menarik sebaik mungkin selari dengan slogan kami ‘Kejap Lagi Siap'