Terlebih dahulu Dandy ucapkan terima kasih kepada pengguna setia Dandy Laundry dan pengguna baru. Pada pemerhatian Dandy, ramai juga pengguna yang kelihatan sudah biasa menggunakan perkhidmatan dobi layan diri. Mungkin sudah lama menggunakan dobi layan diri di tempat lain atau bermula di Dandy Laundry.
Suka kiranya Dandy ingin kongsikan tips mengeringkan pakaian menggunakan mesin pengering (dryer) dengan lebih berkesan.
1. Bersihkan dahulu penapis *lint di dalam mesin pengering.
Untuk apa? Supaya udara panas mudah bergerak keluar dan masuk ke dalam putaran mesin pengering. Oleh itu, mesin akan menjadi lebih cepat panas. (*lint : serat daripada kain yang tertanggal semasa proses berputar dan mengering)
2. Kebaskan / ratakan / goyangkan pakaian sebelum memasukkannya ke dalam mesin pengering.
Macam mana nak buat tu? Macam pergerakan sebelum menyidai pakaian di ampaian. Yang bila kita buat ada bunyi zappp! Paling tidak ratakan gumpalan di poket, lengan dan sebagainya.Walaupun mengambil masa tapi ...percayalah hasilnya berbaloi.
Sesuaikan dengan ketebalan fabrik. Suhu tinggi untuk tuala mandi, jeans, T-shirt. Suhu sederhana untuk kemeja, blaus, skirt. Seeloknya jangan keringkan fabrik yang nipis seperti selendang, langsir nipis (sheer) menggunakan mesin mengering. Cukup sekadar dianginkan. Kalau anda memilih untuk menggosok selepas itu, tidak perlu dikeringkan sepenuhnya.
4. Pilih mesin mengering yang baru digunakan.
Sentuh pintu kaca mesin mengering dengan menggunakan tapak tangan. Bandingkan tahap kepanasan mesin mengering yang ada. Pilih mesin yang masih terasa panas. Dengan itu, kurang masa digunakan untuk memanaskan mesin kerana ia sudah sedia panas.
5. Asingkan pakaian mengikut ketebalan.
Boleh dibuat seawal menanggalkan pakaian atau semasa memasukan ke dalam mesin mencuci atau semasa memasukkan ke dalam mesin mengering. Ikut suka. Ini kerana, pakaian yang tebal memerlukan lebih masa untuk mengering berbanding pakaian yang nipis.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment