Tidak lupa salam israk mikraj untuk pengguna Dandy Laundry dan pembaca blog Dandy Laundry khususnya muslim dan muslimah. Hari untuk kita menghayati perintahNya dalam melaksanakan rukun Islam yang ke 2 selepas mengucap 2 kalimah syahadah. SOLAT 5 waktu.
Buat pengetahuan semua, Dandy Laundry telah meng 'WiFi' kan premisnya. Jadi jika merancang untuk mendobi dan mengering sambil menunggu di Dandy Laundry, bawalah gadget untuk mengakses internet. Sekurang-kurangnya tidaklah berpinar mata dok asyik tengok kain baju berpusing dalam mesin. Setidak-tidaknya dapat melunaskan kerja lain atau mengeratkan silaturrahim dengan lain perkataan bermedia sosial.
Username dan password ada ditampal di sebebelah tanda WiFi |
Lagipun, mengikut kelas generasi, Dandy berpendapat Generasi Y (lahir pada tahun 1977-1994) adalah peratus yang paling tinggi bekerja berbanding kelas Generasi X (lahir pada tahun 1966-1976). Generasi Y juga dikenalpasti suka bersosial, mudah mengikut trend semasa baik dari segi fesyen, barangan, gadget, kereta dan sebagainya. Mereka juga lebih suka menyelesaikan masalah dengan cara mudah / ringkas. Dalam lingkungan umur Generasi Y kebanyakan suami dan isteri bekerja, balik kerja pun dah lewat petang, jadi siapa lagi yang akan menguruskan kerja-kerja rumah dengan cara bijak?
Hargailah masa dengan melakukan perkara yang berfaedah dan bermanfaat untuk keluarga, diri sendiri dan sahabat tersayang.
No comments:
Post a Comment