Sempena bulan Syawal yang mulia, Dandy ingin memohon maaf sekiranya ada tutur kata dan perbuatan Dandy yang menyinggung perasaan semasa berurus niaga. Tiada niat Dandy untuk menyinggung sesiapa pun apatah lagi kalian adalah pengguna di Dandy Laundry. Harapan Dandy, kita sama-sama manfaatkan teknologi mendobi yang sedia ada untuk meringankan kerja-kerja mengurus rumahtangga.
Selamat kembali dari menyambut hari raya bersama mak ayah, sanak saudara dan rakan taulan di kampung atau di mana saja. Tentunya bertimbun kain baju kotor selama cuti berhari raya. Apa taknya, bagi yang dah berkahwin selepas beraya di rumah mak ayah sendiri, beraya pulak di rumah sebelah mertua.
Mana masa nak cuci kain, nak ziarah saudara mara dan melayan tetamu yang berkunjung. Kalau nak menjemur kain baju pun dah tentu berjela-jela ampaian kain tu dek kerana adik beradik dan ipar duai mencuci pada masa yang sama. Itu tak kira, kalau tiba-tiba tekanan air rendah sebab ramai menggunakan air pada masa yang sama. Maklumlah bukannya selalu adik-beradik balik kampung serentak. Lagi parah kalau bekalan elektrik terputus pula.
Datanglah mendobi layan diri di Dandy Laundry. Biarlah Dandy ringankan beban mencuci kain baju kotor. Sempena Syawal, Dandy lanjutkan promosi bulan Ramadhan. Harga mencuci untuk muatan 9kg masih lagi RM4.00 dan muatan 14kg masih lagi RM5.50. Waktu terakhir mencuci pada jam 11.00 malam. Seperti sedia ada, sabun pencuci, pembasmi kuman dan pelembut fabrik diberi percuma. Tak perlu bawa tau.
Luangkanlah sedikit masa di Dandy Laundry untuk mengurus kain baju bersih supaya ada masa sempena Syawal ini yang boleh diisi dengan kunjung-mengunjung, beramah mesra dan bermaafan dengan sanak saudara dan rakan taulan.
Selamat mendobi di Dandy Laundry.
No comments:
Post a Comment