Apa yang sabar? Apa yang satu-satu?
- Masukkan syiling satu demi satu untuk mengoperasi mesih basuh atau mesin mengering.
- Mesin di Dandy Laundry menerima pelbagai syiling Malaysia baru dan lama(10 sen, 20 sen dan 50 sen).
- Terdapat slot untuk mengesan kemasukkan syiling ke dalam kotak syiling pada setiap mesin.
- Setiap slot berbeza ukurannya.
- Berilah sedetik masa untuk syiling mencari slot yang sesuai untuk dimasuki.
- Kita akan dengar bunyi 'beep' setelah syiling memasuki slotnya.
- Setelah syiling jatuh ke dalam kotak syiling, barulah harga bayaran diambilkira.
Itulah secara ringkasnya bagaimana syiling diterima untuk membayar harga perkhidmatan mesin basuh dan mesin mengering.
Ada lebih daripada 10 slot tersedia untuk menerima saiz syiling. Ini kerana mesin jenama Heubsch (buatan USA) untuk pasaran Asia sesuai untuk syiling yang digunakan di Singapura, Thailand, Jepun dan beberapa negara Asia yang lain. Sudah pasti di Dandy Laundry, hanya slot syiling Malaysia 'dibuka' untuk menerima syiling kerana setiap negara Asia ada syiling unik masing-masing.
Jadi, sabar...satu-satu..kerana jika syiling yang terdahulu belum lagi masuk ke dalam slot khas untuknya tetapi telah diasak oleh syiling berikutnya akan terjadilah syiling tersangkut di slot syiling.
Akibatnya, mesin tidak dapat mengesan jumlah bayaran dan kita tidak dapat mengoperasi mesin.
Selamat mendobi layan diri di Dandy Laundry.
No comments:
Post a Comment