Sunday, June 2, 2013

Hari ke 3 Pembukaan Dandy Laundry

Assalamualaikum dan salam mesra,


Sepatutnya, entry ini di'key in'kan pada hari semalam, tetapi cuma hari ini Dandy dapat tunaikan. Terlebih dahulu, Dandy ucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna Dandy yang telah memberikan sokongan dengan mendobi layan diri di Dandy Laundry. Sambutan pada hari ke 3 pembukaan sungguh menggalakan berbanding 2 hari lepas. Alhamdulillah. Terima kasih semua. Paling Dandy suka tengok ialah....ramai para bapa boleh melaksanakan kerja-kerja mendobi dengan baik. Cucian yang telah bersih kering dilipat dengan tersusun mengikut pemunya. Bukan 1 muatan 14kg tetapi 3 hingga 4 kali ganda. Tahniah para bapa. Semoga berbahagia selalu keluarga anda. 

Kepada yang belum cuba mendobi layan diri di Dandy Laundry, marilah cuba. Cucian terakhir adalah pada pukul 9.30pm. Kalau sibuk bekerja, datanglah lepas solat maghrib. Sempat lagi kalau nak cuba.

Sang rerama turut meraikan tarikh Istimewa di Dandy Laundry. Subhanallah



1 comment:

  1. dkat mana bley dapat mesin2 dobi & mesin penukaran duit tu yer Dandy?berminat juga nak buka sebuah kedai dobi layan diri 24hours ni

    ReplyDelete