Saturday, August 2, 2014

Anekdot : Ikan atau Tudung

Assalamualaikum,

Pelbagai jenis tudung dan skaf kini berada di pasaran membina jenama yang kukuh dari masa ke semasa.

Yang biasa dikenali dan disebut,  bawal ialah sejenis ikan. Ada yang putih, hitam dan emas. Tiada tercatat di dalam mana-mana kamus Bahasa Melayu dwi maksud bawal juga sejenis tudung atau skaf.

Kenapa harus disebut bawal untuk tudung?  Sebenarnya yang dimaksudkan untuk tudung/skaf ialah voile (vwa:l)  Sebutan yang betul hampir menyerupai sebutan bawal (lidah orang Melayu).

Voile berasal dari bahasa Perancis yang merujuk pada 'veil' (bahasa Melayu  dipanggil layah).  Menurut www.oxforddictionries.com  bererti nipis, fabrik kapas atau sutera yang lut cahaya.




Friday, August 1, 2014

Manisnya Silaturrahim

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri,

Ramai pengguna Dandy Laundry sedia maklum  tambahan serendah 10 sen boleh memanjangkan masa pengeringan yang telah dimulakan terlebih dahulu dengan 30 minit. Mesin pengering akan berhenti serta merta apabila pintunya dibuka untuk memeriksa tahap kekeringan basuhan. Bayaran tambahan boleh dibuat dengan 2 cara :

1. Sebelum masa 30 minit berakhir.
2. Ditambah sebelum menekan butang 'start'.

Cara 1 dilakukan apabila pengguna memeriksa tahap kekeringan pakaian sebelum masa tamat.
Cara 2 pula dilakukan apabila pengguna sudah boleh menjangka masa yang diperlukan untuk mengeringkan jenis dan muatan basuhannya.

Apa yang manisnya silaturrahim di sini, Dandy melihat seorang lelaki mengeluarkan basuhannya sebelum tamat masa mengering (basuhannya sudah kering semuanya)dan memberi peluang mengering kepada pengguna seterusnya. Jenis basuhan pengguna seterusnya itu tidak memerlukan masa selama 30 minit untuk dikeringkan. Oleh itu, dia hanya membayar sejumlah wang cukup untuk masa pengeringan itu sahaja. Masa dan wang dapat dimanfaatkan sewajarnya.

Dandy tidak melihat ini sebagai negatif kerana pengguna membayar untuk nilai kurang dari 30 minit tetapi nilai silaturrahim dan tolong-menolong yang diamalkan.