Tuesday, August 20, 2013

Promosi Ramadhan diLANJUTkan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Kepada semua pengguna berulang dan baru Dandy Laundry, 

1. Nikmati kadar harga cucian muatan 9 kg dan 14 kg seperti sepurnama lalu. Promosi Ramadhan dilanjutkan sehingga Syawal berakhir. (Periksa kalendar Hijrah)

2. Untuk cucian muatan 9 kg masih lagi RM4.00 dan muatan 14 kg masih lagi RM 5.50.

3. Al maklum, beraya mau sebulan. Kot-kot sedara mara tumpang bermalam...selimut, cadar, sarung bantal, kain baju mesti dicuci. Masa melayan tetamu mesti ada, rumah mesti bersih dan kemas. Tak nak le...kain baju, selimut bagai penuh di ampaian. Tak pun keliling pagar menyambut tetamu.


Selamat mendobi layan diri.




Kenapa Mesin Basuh Muatan Hadapan ?

Assalamualaikum dan salam ceria,

Sekadar berkongsi maklumat.


"Mesin basuh muatan hadapan cenderung meninggalkan kira-kira 7% air di dalam pakaian berbanding mesin muatan atas. Ini bermakna kurang 7% masa untuk mengering" 

Rujuk http://michaelbluejay.com/electricity/dryers.html

mode : Jimat masa mengering.....jimat kos mengering

Tips Mengeringkan Pakaian Menggunakan Mesin Pengering

Assalamualaikum dan salam bahagia,

Terlebih dahulu Dandy ucapkan terima kasih kepada pengguna setia Dandy Laundry dan pengguna baru. Pada pemerhatian Dandy, ramai juga pengguna yang kelihatan sudah biasa menggunakan perkhidmatan dobi layan diri. Mungkin sudah lama menggunakan dobi layan diri di tempat lain atau bermula di Dandy Laundry. 

Suka kiranya Dandy ingin kongsikan tips mengeringkan pakaian menggunakan mesin pengering (dryer) dengan lebih berkesan

1. Bersihkan dahulu penapis *lint di dalam mesin pengering.
Untuk apa? Supaya udara panas mudah bergerak keluar dan masuk ke dalam putaran mesin pengering. Oleh itu, mesin akan menjadi lebih cepat panas.  (*lint : serat daripada kain yang tertanggal semasa proses berputar dan mengering)

2. Kebaskan / ratakan / goyangkan pakaian sebelum memasukkannya ke dalam mesin pengering. 
Macam mana nak buat tu? Macam pergerakan sebelum menyidai pakaian di ampaian. Yang bila kita buat ada bunyi zappp! Paling tidak ratakan gumpalan di poket, lengan dan sebagainya.Walaupun mengambil masa tapi ...percayalah hasilnya berbaloi. 

3. Pilih suhu yang sesuai
Sesuaikan dengan ketebalan fabrik. Suhu tinggi untuk tuala mandi, jeans, T-shirt. Suhu sederhana untuk kemeja, blaus, skirt. Seeloknya jangan keringkan fabrik yang nipis seperti selendang, langsir nipis (sheer) menggunakan mesin mengering. Cukup sekadar dianginkan. Kalau anda memilih untuk menggosok selepas itu, tidak perlu dikeringkan sepenuhnya.

4. Pilih mesin mengering yang baru digunakan.
Sentuh pintu kaca mesin mengering dengan menggunakan tapak tangan. Bandingkan tahap kepanasan mesin mengering yang ada. Pilih mesin yang masih terasa panas. Dengan itu, kurang masa digunakan untuk memanaskan mesin kerana ia sudah sedia panas.

5. Asingkan pakaian mengikut ketebalan.
Boleh dibuat seawal menanggalkan pakaian atau semasa memasukan ke dalam mesin mencuci atau semasa memasukkan ke dalam mesin mengering. Ikut suka. Ini kerana, pakaian yang tebal memerlukan lebih masa untuk mengering berbanding pakaian yang nipis.

Selamat mencuba.


Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya Aildilfitri 1434

Assalamualaikum dan Salam Syawal,

Sempena bulan Syawal yang mulia, Dandy ingin memohon maaf sekiranya ada tutur kata dan perbuatan Dandy yang menyinggung perasaan semasa berurus niaga. Tiada niat Dandy untuk menyinggung sesiapa pun apatah lagi kalian adalah pengguna di Dandy Laundry. Harapan Dandy, kita sama-sama manfaatkan teknologi mendobi yang sedia ada untuk meringankan kerja-kerja mengurus rumahtangga.



Selamat kembali dari menyambut hari raya bersama mak ayah, sanak saudara dan rakan taulan di kampung atau  di mana saja. Tentunya bertimbun kain baju kotor selama cuti berhari raya. Apa taknya, bagi yang dah berkahwin selepas beraya di rumah mak ayah sendiri, beraya pulak di rumah sebelah mertua.

Mana masa nak cuci kain, nak ziarah saudara mara dan melayan tetamu yang berkunjung. Kalau nak menjemur kain baju pun dah tentu berjela-jela ampaian kain tu dek kerana adik beradik dan ipar duai mencuci pada masa yang sama. Itu tak kira, kalau tiba-tiba tekanan air rendah sebab ramai menggunakan air pada masa yang sama. Maklumlah bukannya selalu adik-beradik balik kampung serentak. Lagi parah kalau bekalan elektrik terputus pula. 

Datanglah mendobi layan diri di Dandy Laundry. Biarlah Dandy ringankan beban mencuci kain baju kotor. Sempena Syawal, Dandy lanjutkan promosi bulan Ramadhan. Harga mencuci untuk muatan 9kg masih lagi RM4.00 dan muatan 14kg masih lagi RM5.50. Waktu terakhir mencuci pada jam 11.00 malam. Seperti sedia ada, sabun pencuci, pembasmi kuman dan pelembut fabrik diberi percuma. Tak perlu bawa tau.

Luangkanlah sedikit masa di Dandy Laundry untuk mengurus kain baju bersih supaya ada masa sempena Syawal ini yang boleh diisi dengan kunjung-mengunjung, beramah mesra dan bermaafan dengan sanak saudara dan rakan taulan.

Selamat mendobi di Dandy Laundry.