Assalamualaikum dan Salam Hari Jumaat,
Terlebih dahulu Dandy ucapkan terima kasih kepada pengguna baru dan pengguna berulang kerana mendobi di Dandy Laundry. Kepada yang telah mencuba mesin mencuci, cubalah pula mesin mengering. Mungkin suatu hari nanti, anda perlukannya waktu kain baju itu diperlukan segera. Bolehlah anggarkan waktu mengering yang ideal untuk jenis kain yang anda bawa. Yang pasti masa mengering saputangan tentulah lebih cepat daripada masa mengering tuala mandi saiz 36" x 48".
Pengguna menunggu mesin cuci dibaiki. |
Semalam ada insiden mesin cuci tidak boleh dibuka setelah selesai mencuci dan air meleleh keluar semasa mencuci. Terpaksalah Dandy panggil juruteknik mesin cuci Huebsch selesaikannya.Setelah diperiksa, mesin cuci pun ok.
Kenapa masalah ini berlaku? Besar kemungkinan :
- Kesemua kain baju tidak dimasukkan dengan betul ke dalam drum mesin cuci.
- Ada lapisan kain yang melapisi pintu kedap mesin cuci.
- Ada objek kecil tersumbat di saluran ke injap air keluar mesin cuci.