Thursday, September 5, 2013

10 sen, 20 sen & 50 sen

Assalamualaikum dan salam ceria,

Suka Dandy nak tulis di sini, mesin basuh dan mesin mengering di Dandy Laundry menerima syiling lama dan baru 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Jadi janganlah ragu-ragu atau malu-malu nak 'clear'kan syiling lama.

TETAPI...semasa memasukkan syiling pelbagai nilai ke dalam mesin basuh atau mesin mengering di Dandy Laundry, Dandy sangat-sangat berharap para pengguna baca dulu arahan memasukkan syiling.

Sabar...satu-satu. Hasilnya untuk kebaikan bersama.


Terima kasih kerana mendobi layan diri di Dandy Laundry.




Promosi Hangat

Assalamualaikum dan salam bahagia,


Dandy harap pengguna Dandy Laundry dalam keadaan sihat-sihat selalu meskipun cuaca tak menentu. Tiada siapa pun dapat menduga keadaan cuaca walaupun sehingga tanda-tanda mendung nak hujan.



'Ku sangka cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengahari'. Ingatkan kain baju kering bila balik kerja nanti, tapi basah semula yang jadi. Tapi kena ingat juga 'dengar guruh di langit, air di tempayan jangan dibuang'. Dengar guruh, belum tentu hujan turun. Dulu waktu kelas geografi, cikgu kata secara teorinya awan kumulus nimbus membawa hujan. Belum tentu lagi. Ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi pun belum tentu betul. Nama pun ramalan. (jangan percaya ramalan..berdosa) Semuanya tak pasti kalau bukan kehendakNya!

Sebab ketidaktentuan ini, Dandy bawakan Promosi Hangat.


Hangat lebih lama, harga tetap sama
Apa tunggu lagi. Promosi bermula pada 6 Sept-5 Okt 2013. Masa mengering untuk muatan 9 kg dan 14 kg dipanjangkan ke 30 minit pada harga RM 4.00 dan RM 5.00 masing-masing. Dengan ini 'Hangat Lebih Lama, Harga Tetap Sama'.

Harapan Dandy, ringanlah sedikit beban pengguna Dandy Laundry. 'Kejap lagi Siap'. Pakaian bersih kering sedia digunakan semula.

Selamat mendobi layan diri.


Sabar..satu-satu

Assalamualaikum dan salam ceria,

Apa yang sabar? Apa yang satu-satu?


  1. Masukkan syiling satu demi satu untuk mengoperasi mesih basuh atau mesin mengering.
  2. Mesin di Dandy Laundry menerima pelbagai syiling Malaysia baru dan lama(10 sen, 20 sen dan 50 sen).
  3. Terdapat slot untuk mengesan kemasukkan syiling ke dalam kotak syiling pada setiap mesin.
  4. Setiap slot berbeza ukurannya.
  5. Berilah sedetik masa untuk syiling mencari slot yang sesuai untuk dimasuki. 
  6. Kita akan dengar bunyi 'beep' setelah syiling memasuki slotnya.
  7. Setelah syiling jatuh ke dalam kotak syiling, barulah harga bayaran diambilkira.

Itulah secara ringkasnya bagaimana syiling diterima untuk membayar harga perkhidmatan mesin basuh dan mesin mengering. 

Ada lebih daripada 10 slot tersedia untuk menerima saiz syiling. Ini kerana  mesin jenama Heubsch (buatan USA) untuk pasaran Asia sesuai untuk syiling yang digunakan di Singapura, Thailand, Jepun dan beberapa negara Asia yang lain. Sudah pasti di Dandy Laundry, hanya slot syiling Malaysia 'dibuka' untuk menerima syiling kerana setiap negara Asia ada syiling unik masing-masing.

Jadi, sabar...satu-satu..kerana jika syiling yang terdahulu belum lagi masuk ke dalam slot khas untuknya  tetapi telah diasak oleh syiling berikutnya akan terjadilah syiling tersangkut di slot syiling.

Akibatnya, mesin tidak dapat mengesan jumlah bayaran dan kita tidak dapat mengoperasi mesin.

Selamat mendobi layan diri di Dandy Laundry.